Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian VI · Perbankan Islam Labuan
66. Maklumat tambahan
Feedback & supportLembaga boleh, pada bila-bila masa, selepas menerima permohonan di bawah seksyen 63, 64 atau 65 dan sebelum suatu penentuan dibuat, secara lisan atau secara bertulis, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat tambahan secara lisan atau bertulis, atau untuk memberikan apa-apa dokumen tambahan, sebagaimana yang dianggap perlu oleh Lembaga bagi maksud menentukan kesesuaian pemohon bagi pemberian lesen itu.