Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian VI · Perbankan Islam Labuan

70. Pindaan atau pengubahan dokumen konstituen pemegang lesen bank Islam

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam yang merupakan suatu syarikat Labuan hendaklah, sebelum membuat apa-apa pindaan atau pengubahan kepada mana-mana dokumen konstituennya, memberi

Lembaga butir-butir bertulis tentang pindaan atau pengubahan yang dicadangkan itu untuk kelulusan Lembaga.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 95

(2)

Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam yang merupakan suatu syarikat Labuan asing atau suatu bank Malaysia hendaklah dalam masa tiga bulan selepas pembuatan apa-apa pindaan atau pengubahan kepada dokumen konstituennya, memberi Lembaga butir-butir bertulis mengenai pindaan atau pengubahan sedemikian yang disahkan dengan sewajarnya oleh seorang pengarah pemegang lesen bank Islam itu mengikut cara yang boleh diterima oleh

Lembaga.

(3)

Tiada pemegang lesen bank Islam boleh membuat apa-apa pindaan atau pengubahan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis kepada dokumen konstituennya.

(4)

Tiada peserta pemegang lesen bank Islam yang memegang lima belas peratus modal berbayar pemegang lesen bank Islam atau lebih boleh ditukar tanpa kelulusan bertulis Lembaga terlebih dahulu dan, jika pemegang lesen bank Islam itu ialah suatu syarikat

Labuan asing, pemegang lesen bank Islam itu hendaklah dengan segera memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pertukaran dalam pesertanya yang memegang lima belas peratus modal berbayarnya atau lebih.

Report

Bahagian VII

Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules