Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian VI · Perbankan Islam Labuan

67. Pemberian lesen oleh Lembaga

Feedback & support
(1)

Apabila menerima permohonan bagi lesen mengikut seksyen 63, 64 atau 65 dan selepas diberikan segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen itu, dan maklumat dan dokumen tambahan di bawah seksyen 66,

Lembaga boleh meluluskan permohonan itu, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.

(2)

Jika Lembaga menolak permohonan bagi lesen di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis mengenai penolakan itu.

(3)

Jika Lembaga meluluskan permohonan bagi lesen di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah mengeluarkan lesen itu kepada pemohon setelah pemohon berpuas hati dengan apa-apa syarat yang dikenakan di bawah permohonan bagi lesen itu.

(4)

Sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga lesen itu diserahkan balik atau dibatalkan mengikut peruntukan Akta ini.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 93

(5)

Tiada pemohon boleh diberikan suatu lesen di bawah seksyen ini tanpa keizinan bertulis Lembaga jika dana modalnya adalah kurang daripada sepuluh juta ringgit atau yang bersamaan dengannya dalam apa-apa mata wang asing dalam bentuk tunai atau apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga.

(6)

Lembaga boleh, selepas berunding dengan Menteri, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen bank Islam, mengubah terma dan syarat yang sedia ada atau mengenakan apa-apa terma dan syarat tambahan, berkenaan dengan lesen itu, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya patut.

Report

Bahagian VII

Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules