Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian VI · Perbankan Islam Labuan
71. Lembaga hendaklah menyiarkan senarai pemegang lesen bank Islam Labuan
Feedback & supportLembaga hendaklah menyiarkan pada setiap tahun tidak lewat daripada 31 Mac setiap tahun, suatu senarai mengenai semua pemegang lesen bank Islam Labuan yang sedia ada setakat 31 Disember tahun sebelumnya dan nombor lesen mereka dalam Warta, dan jika apa-apa lesen dikeluarkan, dibatalkan atau diserahkan balik, selepas penyiaran sedemikian, Lembaga hendaklah menyebabkan disiarkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu senarai yang telah disemak mengenai semua pemegang lesen bank Islam Labuan yang sedia ada dalam Warta.
Senarai yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terkandung dalam Warta yang sama yang disiarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 96 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti
Labuan 2010.
Undang-Undang Malaysia 96
Kewajipan pemegang lesen bank Islam