Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian VI · Perbankan Islam Labuan
75. Pembayaran daripada akaun si mati
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa undang-undang bertulis, pemegang lesen bank Islam boleh, tanpa mengemukakan surat kuasa probet
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 97
atau surat kuasa mentadbir, membayar apa-apa jumlah wang yang tidak melebihi jumlah yang bersamaan dengan lima ribu ringgit yang terdapat pada kredit si mati kepada mana-mana orang yang mengemukakan bukti yang memuaskan hati mengenai—
kematian si mati itu; dan
haknya di bawah undang-undang terhadap jumlah wang yang terdapat pada kredit si mati.
Pemegang lesen bank Islam tidak boleh membuat apa-apa pembayaran di bawah subseksyen (1) jika pemegang lesen bank
Islam itu telah menerima tuntutan lain terhadap apa-apa wang yang terdapat pada kredit si mati.
Pemegang lesen bank Islam atau pengarahnya atau pegawainya tidak boleh bertanggungan berkenaan dengan apa-apa tuntutan oleh mana-mana orang berkaitan dengan apa-apa pembayaran yang dibuat mengikut seksyen ini tetapi orang itu boleh mendapatkan balik jumlah wang yang kena dibayar kepadanya secara sah daripada orang yang kepadanya pembayaran itu telah dibuat.