Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian VI · Perbankan Islam Labuan
69. Pengekalan nisbah kecukupan modal
Feedback & supportTiada pemegang lesen bank Islam boleh menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan wang modalnya adalah kurang daripada amaun yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga.
Tiap-tiap pemegang lesen bank Islam hendaklah mengekalkan pada setiap masa, apa-apa nisbah kecukupan modal, sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh Lembaga dari semasa ke semasa dan tiada pemegang lesen bank Islam boleh menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan jika nisbah kecukupan modal yang ditentukan itu tidak dipatuhi, kecuali dengan kelulusan Lembaga.
Pemegang lesen bank Islam hendaklah pada setiap masa mengekalkan wang modalnya untuk mencerminkan nisbah modal dibeban risiko sebagaimana yang ditentukan secara bertulis oleh
Lembaga dari semasa ke semasa.
Lembaga boleh mengarahkan pemegang lesen bank Islam untuk mengambil langkah yang sesuai untuk membetulkan apa-apa kekurangan dalam apa-apa nisbah yang ditentukan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.