Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian VI · Perbankan Islam Labuan

68. Kehendak untuk menggunakan, dan sekatan mengenai penggunaan, perkataan “bank Islam Labuan”, dsb

Feedback & support
(1)

Pemegang lesen bank Islam hendaklah pada setiap masa melekatkan atau mengecat, atau memastikan dilekatkan atau dicatkan, pada suatu tempat yang menonjol di luar setiap pejabatnya dan supaya boleh dibaca dengan mudah, nama, nombor lesennya dan perkataan “bank Islam Labuan” atau “bank pelaburan Islam

Labuan”, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Pemegang lesen bank Islam hendaklah, dalam apa-apa kepala bil, borang bercetak, kertas surat, notis, iklan, atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan daripada pejabatnya dan dalam urusan perniagaannya, dengan secara menonjol mencetak nama, nombor lesennya dan perkataan “bank Islam Labuan” atau “bank pelaburan Islam Labuan”, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Tiada seorang pun, yang bukan pemegang lesen bank Islam, boleh, tanpa keizinan bertulis Lembaga, mengambil alih atau menggunakan perkataan “bank Islam Labuan” atau “bank pelaburan

Islam Labuan” atau apa-apa terbitan perkataan sedemikian dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan orang itu menjalankan perniagaan perbankan Islam Labuan atau perniagaan perbankan pelaburan Islam Labuan.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh

Undang-Undang Malaysia 94

tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, sebagai tambahan, boleh dikenakan denda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

Report

Bahagian VII

Perniagaan Takaful Labuan dan Aktiviti Berkaitan Takaful Labuan

Bahagian VIII

Amanah Islam Labuan

Bahagian IX

Yayasan Islam Labuan

Bahagian X

Perkongsian Terhad Islam Labuan dan Perkongsian Liabiliti Terhad Islam Labuan

Bahagian XI

Organisasi Kawal Selia Sendiri Islam

Bahagian XII

Bahagian VII

Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.

Schedules