Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

35E. Pemeriksaan atau pengujian bahan binaan, dsb., yang disita

(1)

Jika terdapat keperluan untuk menguji mana-mana bahan binaan atau apa-apa benda lain yang disita di premis atau tapak pembinaan di bawah Akta ini, adalah mencukupi dengan hanya menguji suatu sampel yang tidak melebihi lima peratus daripada nilai atau berat bahan binaan atau apa-apa benda lain yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu.

(2)

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa bahan binaan atau apa-apa benda lain yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu adalah yang sama jenis, kuantiti dan kualiti dengan bahan binaan atau apa-apa benda lain yang disita.

Report