Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

35N. Pemeriksaan orang yang mengetahui kes

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu.

(2)

Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

Lembaga Pembangunan Industri 51

Pembinaan Malaysia

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu.

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—

(a)

selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang pernyataan itu dibuat olehnya; dan

(b)

selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

Report