Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

35M. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui arahan bertulis menghendaki mana-mana orang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana dikehendaki.

(2)

Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

Report