Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu boleh, pada bila-bila masa selepas itu, melepaskannya kepada orang yang ditentukannya sebagai orang yang berhak ke atasnya di sisi undang-undang jika dia berpuas hati bahawa ia tidak diperlukan selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan dalam keadaan itu baik pegawai diberi kuasa yang melakukan penyitaan itu, mahupun
Kerajaan, Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak
Kerajaan atau Lembaga tidak boleh bertanggungan bagi apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan itu telah dilakukan dengan suci hati.
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan di bawah subseksyen (1)
yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan suatu salinan rekod itu hendaklah dihantar kepada
Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tujuh hari selepas pelepasan itu.
Kos memegang kelengkapan, dsb., yang disita