Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa hendaklah menyediakan suatu senarai bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang dan benda lain yang disita dan mengenai premis atau tapak pembinaan yang di dalamnya ia dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.
Suatu salinan senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1)
hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada penduduk premis atau tapak pembinaan di mana bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
lain itu dijumpai atau kepada ejen atau pekhidmatnya di premis atau tapak pembinaan itu.
Jika premis atau tapak pembinaan itu tidak diduduki, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, bila-bila masa mungkin, menampalkan suatu senarai kesemua yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis atau tapak pembinaan itu.