Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pengerusi boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya apa-apa bahan binaan yang disita di bawah Akta ini dijual dan hasil jualan itu dipegang sementara menunggu keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini jika—
bahan binaan itu adalah daripada jenis mudah rosak atau mutunya mudah merosot;
penjagaan bahan binaan itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;
terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan bahan binaan itu;
atau
bahan binaan itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam.
Walau apa pun subseksyen (1), jika juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakukan oleh juruanalisis membuktikan, bahawa bahan binaan yang diuji olehnya tidak berada dalam keadaan baik, pegawai diberi kuasa itu boleh menyimpannya dalam jagaan atau, jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan bahan itu, menyebabkan bahan itu dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh Pengerusi.