Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian IX · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seorang juruanalisis hendaklah, apabila dikemukakan oleh Lembaga dalam mana-mana perbicaraan di bawah Akta ini, menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu melainkan jika tertuduh menghendaki supaya juruanalisis itu dipanggil sebagai seorang saksi, dan dalam hal itu dia hendaklah memberikan notis bertulis kepada Lembaga tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
Jika Lembaga berhasrat untuk memberikan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai keterangan, Lembaga hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.