Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

145. Rayuan

Feedback & support
(1)

Jika seseorang telah membuat suatu bantahan mengikut cara yang ditetapkan oleh seksyen 142 atau 144 dan dia tidak puas hati dengan keputusan pihak berkuasa tempatan mengenai bantahan itu orang itu boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi dengan cara usul permulaan:

Dengan syarat bahawa bersama dengan pemfailan usul permulaan itu hendaklah dibayar kepada pihak berkuasa tempatan amaun kadar yang rayuan dibuat terhadapnya itu.

(2)

Usul permulaan itu hendaklah difailkan oleh orang yang tidak puas hati dengan keputusan pihak berkuasa tempatan itu dalam tempoh empat belas hari dari penerimaan keputusan itu.

(3)

Pihak berkuasa tempatan ialah pihak menentang dalam sesuatu rayuan di bawah seksyen ini.

(4)

Tiap-tiap rayuan itu hendaklah didengar di hadapan Mahkamah

Tinggi dan keputusannya atas soal fakta adalah akhir dan muktamad.

Kerajaan Tempatan 109

(5)

Dari keputusan Mahkamah Tinggi itu salah satu pihak boleh merayu atas soal undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan akhir dan muktamad.

(6)

Dalam sesuatu rayuan di bawah subseksyen (5), peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa berhubungan dengan rayuan dalam perkara sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa rayuannya ke

Mahkamah Persekutuan hendaklah dipakai.

Report

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules