Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

161. Notis mengenai bangunan baru

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu bangunan baru didirikan atau jika sesuatu bangunan dibina semula, dibesarkan, diubah, dibaiki, dibarui, atau jika sesuatu bangunan yang telah kosong diduduki semula pemunya pegangan di atas mana bangunan itu terletak hendaklah dalam tempoh lima belas hari memberi notis mengenainya secara bertulis kepada pihak berkuasa tempatan.

(2)

Tempoh lima belas hari yang tersebut itu hendaklah dikira dari tarikh siapnya atau tarikh diduduki, mengikut mana yang berlaku terlebih dahulu, bangunan yang baru telah didirikan, dibina semula, dibesarkan, diubah, dibaiki atau dibarui itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan mengenai sesuatu bangunan yang telah kosong, dari tarikh bangunan itu diduduki semula.

Kerajaan Tempatan 117

(3)

Apabila sesuatu bangunan atau bahagian sesuatu bangunan diruntuhkan atau dihapuskan melainkan dengan perintah pihak berkuasa tempatan, pemunya pegangan itu hendaklah memberi notis mengenai mulanya peruntukan atau penghapusan itu secara bertulis kepada pihak berkuasa tempatan.

(4)

Pihak berkuasa tempatan boleh apabila menerima notis itu dan jika ia puas hati bahawa peruntukan itu sedang dijalankan dengan sepatut dan seharusnya, memerintahkan bahawa kadar yang ditaksirkan mengenai mana-mana pegangan itu dikurangkan dan jika telahpun dibayar, dipulangkan balik mengikut kadar amaun taksiran pegangan itu berhubungan dengan bangunan itu atau bahagian bangunan yang sedang diruntuh atau dihapuskan itu.

(5)

Sehingga notis itu diberi pemunya adalah masih lagi bertanggungan membayar kadar mengenai pegangan itu seolah-olah bangunan atau bahagian sesuatu bangunan itu telah tidak diruntuh atau dihapuskan.

(6)

Tiap-tiap orang yang tidak memberi sesuatu notis boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules