149. Jualan harta yang ditahan
Feedback & support(1)
Melainkan jika tunggakan berserta kos dibayar dalam tempoh tujuh hari dari tarikh tahanan, harta yang ditahan itu atau mana-mana bahagian daripadanya sebagaimana yang perlu hendaklah dijual melalui lelongan awam:
Dengan syarat bahawa jika harta yang disita itu daripada jenis mudah rosak atau jika belanja bagi menyimpannya akan melebihi nilainya harta itu bolehlah dijual dengan serta-merta.
(2)
Belanja bagi memelihara ternakan dan menyimpan harta alih menjadi kos tahanan.