Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

151. Menahan dan menjual pegangan

Feedback & support
(1)

Jika tunggakan itu tidak boleh didapati dengan cara yang diperuntukkan dalam seksyen 148 adalah sah bagi Pendaftar

Mahkamah Tinggi, apabila permohonan dibuat oleh pihak berkuasa tempatan, atau oleh mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa tempatan itu bagi maksud itu, memerintahkan ditahan dan dijual pegangan atau pegangan-pegangan yang mengenainya tunggakan itu telah terakru.

112 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

(2)

Tahanan dan jualan itu boleh dilaksanakan dengan cara yang diperuntukkan oleh undang-undang berhubungan dengan acara sivil untuk pelaksanaan sesuatu dekri dengan menahan dan menjual harta tak alih.

(3)

Pendaftar Mahkamah Tinggi hendaklah, dari hasil jualan itu, memperuntukkan pertamanya kos bagi tahanan dan jualan, kemudiannya pembayaran amaun tunggakan kepada pihak berkuasa tempatan, berserta bunganya mengikut kadar enam peratus setahun dan juga kos dan jika sekiranya ada apa-apa surplus Pendaftar hendaklah, jika dia puas hati tentang hak seseorang yang menuntut surplus itu, membayar amaun surplus itu kepada orang itu, dan jika Pendaftar tidak puas hati sedemikian hendaklah meletakkan amaun itu sebagai deposit dalam Perbendaharaan untuk dipegang sebagai amanah untuk orang yang mungkin akhirnya Berjaya membuktikan tuntutannya ke atasnya.

(4)

Pihak berkuasa tempatan boleh, menurut budi bicaranya, enggan menyita dan menjual, atau boleh melepaskan dari tahanan, mana-mana harta yang boleh disita dengan sah di bawah seksyen 148 jika harta itu adalah harta penduduk, iaitu seorang penyewa, pegangan itu atau harta seseorang yang tidak bertanggungan membayar sesuatu tunggakan yang kena dibayar mengenai pegangan itu.

(5)

Jika harta itu adalah harta seorang penyewa-penduduk, pihak berkuasa tempatan hendaklah jangan menyita dan menjual, atau hendaklah melepaskan dari tahanan, harta itu:

Dengan syarat penyewa-penduduk itu membayar kepada pihak berkuasa tempatan sewa pegangan itu apabila sahaja genap masanya dibayar sehingga tunggakan itu selesai atau sehingga penyewaannya tamat dan dalam mana-mana hal yang demikian, walau apapun yang terkandung dalam subseksyen (1), pegangan itu boleh ditahan dan dijual.

(6)

Amaun apa-apa sewa yang dibayar oleh seseorang penyewa-penduduk kepada pihak berkuasa tempatan di bawah subseksyen (5)

boleh dipotong oleh penyewa-penduduk itu dari bayaran sewa selepas saja daripada itu dan berikutnya kepada pemunya pegangan itu.

Kerajaan Tempatan 113

Report

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules