Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

147. Tindakan jika kadar tidak dibayar

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa jumlah wang yang kena dibayar mengenai sesuatu kadar masih belum dibayar pada akhir bulan Februari atau bulan Ogos, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemunya atau pemunya-pemunya adalah bertanggungan membayar jumlah wang itu bersama dengan apa-apa bayaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

(2)

Jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam setiap tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 148.

110 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

Report

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules