162. Pulangan balik mengenai bangunan yang tidak diduduki
Feedback & supportJika sesuatu bangunan tidak diduduki dan tiada apa-apa sewa kena dibayar mengenainya selama tempoh tidak kurang dari satu bulan kalendar dalam mana-mana setengah tahun yang mengenainya suatu kadar telah dibayar pihak berkuasa tempatan boleh memerintahkan supaya sebahagian daripada kadar itu yang seimbang dengan tempoh bangunan itu tidak diduduki dipulangkan balik atau diremit, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Tiada apa-apa pulangan balik atau remitan boleh diperintah melainkan jika orang yang menuntutnya itu telah memberi notis bertulis kepada pihak berkuasa tempatan mengenai kekosongan itu dalam masa tujuh hari dari mulanya tempoh yang mengenainya pulangan balik atau remitan itu dituntut dan mengenai sesuatu pulangan balik orang itu telah menuntut pembayarannya secara
118 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
bertulis tidak lewat daripada satu bulan selepas tamatnya setengah tahun yang mengenainya tuntutan itu dibuat.
Tiada apa-apa pulangan balik atau remitan boleh diperintah mengenai sesuatu bangunan melainkan jika pemunya pegangan yang berkenaan itu membuktikan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan—
bahawa bangunan itu berada dalam keadaan baik dan layak untuk diduduki;
bahawa segala usaha yang munasabah untuk mendapatkan seseorang penyewa telah dibuat;
bahawa sewa yang diminta adalah sewa yang munasabah;
bahawa bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu dituntut:
Dengan syarat bahawa apabila sesuatu pulangan balik dituntut mengenai suatu tempoh dalam masa bila bangunan itu telah dibaiki bagi maksud menjadikan ia layak untuk diduduki atau untuk pembinaan semula bona fide tidaklah perlu dibuktikan mengenai tuntutan itu perkara yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c).
Tuntutan hendaklah menyatakan tarikh bila bangunan itu telah tidak diduduki dan juga alamat ke mana perhubungan mengenainya boleh dihantar.
Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “bangunan” termasuklah—
sesuatu flat yang lengkap dalam bangunan yang didirikan dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan;
mana-mana seluruh tingkat sesuatu bangunan yang mempunyai jalan masuk yang berasingan; dan
ruang lantai tidak kurang daripada 1,000 kaki persegi pada tingkat yang sama sesuatu bangunan yang boleh disewakan
Kerajaan Tempatan 119
sebagai suatu pejabat, kedai, kilang, gudang atau kegunaan lain yang seumpamanya.
Peruntukan bagi mengkadar bangunan di atas tanah Kerajaan
Negeri atau tanah yang dirizabkan