160. Notis mengenai pindah milik pegangan berkadar
Feedback & supportApabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah milik adalah menjadi kewajipan penjual atau pemindah milik dan pembeli atau penerima pindah milik dalam tempoh tiga bulan selepas jualan atau pindah milik itu memberi notis mengenainya kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang I dalam Jadual Pertama kepada Akta ini.
Apabila pemunya sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan mati, menjadi kewajipan orang yang menjadi pemunyanya melalui warisan atau selainnya memberi notis mengenainya kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh satu tahun selepas kematian itu dalam Borang J dalam Jadual Pertama kepada Akta ini.
Apabila diterima notis itu, pihak berkuasa tempatan boleh menghendaki dikemukakan surat cara mengenai pertukaran pemunyaan atau suatu salinannya yang diperakui.
116 Undang-Undang Malaysia AKTA 171
Tiap-tiap orang yang menjual atau memindah milik sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan masih lagi bertanggungan membayar semua kadar yang kena dibayar mengenai pegangan itu dan melaksanakan segala kewajipan lain yang dipertanggungkan oleh Bahagian ini atau oleh mana-mana undang-undang kecil ke atas pemunya pegangan itu, yang kena dibayar atau akan dilaksanakan pada bila-bila masa sebelum notis mengenai pindah milik itu diberi atau sehingga jualan atau pindah milik itu telah direkodkan dalam buku pihak berkuasa tempatan itu.
Tiada apa-apa jua dalam ini boleh menyentuh tanggungan pembeli atau penerima pindah milik untuk membayar kadar mengenai pegangan itu atau untuk melaksanakan kewajipan itu, atau menyentuh hak pihak berkuasa tempatan untuk menuntut kadar itu atau untuk menguatkuasakan kewajipan itu di bawah Bahagian ini walaupun kadar itu kena dibayar atau kewajipan itu telah ditanggungkan sebelum notis mengenai jualan atau pindah milik itu direkodkan.
Tiap-tiap orang yang tidak memberi sesuatu notis boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.