154. Bantahan terhadap tahanan
Feedback & support(1)
Jika seseorang yang telah ditahan hartanya di bawah peruntukan Bahagian ini mempertikaikan kepatutan tahanan itu dia boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi jika harta yang ditahan itu ialah suatu pegangan, atau kepada Mahkamah Majistret jika harta yang ditahan itu ialah harta alih, untuk suatu perintah menggantung tindakan itu, dan mahkamah itu selepas menjalankan apa-apa penyiasatan yang perlu hendaklah membuat apa-apa perintah yang patut mengenai hal yang tersebut di atas.
(2)
Tiada apa-apa permohonan boleh dilayani oleh mana-mana
Mahkamah melainkan jika pemohon telah mendepositkan dengan pihak berkuasa tempatan amaun tunggakan itu berserta bunga dan kos.