Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English

Bahagian XI · Peruntukan Am

203A. Aktuari bebas

Feedback & support
(1)

Jika, bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa

Perbadanan di bawah Bahagian VII berkenaan dengan anggota penanggung insurans atau bayaran yang dibuat di bawah Bab 3

Bahagian V, Perbadanan menyifatkannya sebagai wajar bagi nilai liabiliti berkenaan dengan sijil takaful atau polisi insurans anggota penanggung insurans itu ditentukan, Perbadanan boleh melantik seorang aktuari bebas untuk menentukan nilai itu.

(2)

Seorang individu tidak boleh dilantik sebagai aktuari bebas melainkan jika dia memenuhi apa-apa kehendak atau mempunyai apa-apa kelayakan yang dinyatakan dalam mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia.

(3)

Mana-mana pegawai, juruaudit, penerima, pengurus, penerima dan pengurus, pelikuidasi atau ejen, masa sekarang atau dahulu, bagi pengendali takaful atau syarikat insurans yang berkenaan atau mana-mana orang lain hendaklah memberi kepada seorang aktuari bebas apa-apa dokumen, bahan, maklumat atau penjelasan sebagaimana yang aktuari bebas berpendapat patut dipertimbangkan dalam menentukan nilai liabiliti berkenaan dengan sijil takaful atau polisi insurans, anggota penanggung insurans itu.

(4)

Nilai liabiliti berkenaan dengan sijil takaful atau polisi insurans anggota penanggung insurans itu yang ditentukan oleh seorang aktuari bebas adalah muktamad dan mengikat.

(5)

Kos aktuari bebas, termasuk saraannya sebagaimana yang diluluskan oleh Perbadanan, hendaklah ditanggung oleh anggota penanggung insurans dan dalam keadaan berlaku apa-apa keingkaran pembayaran oleh anggota penanggung insurans itu, hendaklah kena

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 225

dibayar dengan keutamaan yang sama dan daripada sumber yang sama dengan hutang keutamaan yang disebut dalam subseksyen 142A(3) dan perenggan 142B(2)(c).

Report

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules