Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian XI · Peruntukan Am
207. Kekebalan
Feedback & supportTiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding apa-apa jua pun, boleh dibuat atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—
Kerajaan Malaysia atau sesuatu Kerajaan Negeri;
Menteri;
Perbadanan;
Bank Negara Malaysia;
mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja mana-mana
Kerajaan, Perbadanan atau Bank Negara Malaysia, sama ada secara peribadi atau atas sifat rasminya;
mana-mana orang yang dilantik di bawah perenggan 99(1)(c), mana-mana penerima, pengurus, penerima dan pengurus, pelikuidasi atau konservator yang dilantik menurut Akta ini, Jawatankuasa Pentaksir atau mana-mana anggota
Jawatankuasa Pentaksir;
mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja suatu institusi perantaraan atau mana-mana subsidiari milik penuh
Perbadanan; atau
mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi pihak mana-mana Kerajaan, Perbadanan, Bank Negara Malaysia atau mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja, sama ada secara peribadi atau atas sifatnya sebagai seorang yang bertindak bagi pihak sedemikian, bagi atau disebabkan oleh, atau berkenaan dengan, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat atau ditinggal daripada dilakukan atau dibuat, atau yang berupa sebagai dilakukan atau dibuat atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 227
melaksanakan, atau penurutan atau pelaksanaan yang dimaksudkan terhadap, Akta ini, atau apa-apa perintah secara bertulis, arahan, petunjuk, notis atau apa-apa jua pun perkara lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa perbuatan atau pernyataan itu telah dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Perbuatan atau pernyataan yang disebut dalam proviso kepada subseksyen (1) hendaklah disifatkan, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai dilakukan atau dibuat, atau ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, dengan suci hati.
Dalam apa-apa hal tetapi tertakluk pada subseksyen (4), apa-apa tindakan, guaman atau prosiding oleh mana-mana orang di bawah Akta ini terhad kepada suatu tuntutan ganti rugi sahaja bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh orang itu.
Bagi mengelakkan keraguan–
walau apa pun tindakan, guaman atau prosiding yang disebut dalam subseksyen (3), mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) hingga (h) hendaklah terus menjalankan mana-mana atau semua kuasanya di bawah
Akta ini atau selainnya; dan
seseorang yang menuntut telah menanggung apa-apa kerugian berhubung dengan apa-apa perkara yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pentaksir di bawah Jadual
Pertama hendaklah terlebih dahulu menghabiskan semua remedinya di bawah Jadual Pertama sebelum memulakan apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain berkenaan dengan tuntutan itu.
Bagi maksud seksyen ini, mana-mana anggota pentadbiran
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Kerajaan itu.
228
Undang-Undang Malaysia
Tiada apa-apa dalam subseksyen (1) boleh ditafsirkan sebagai melepaskan Perbadanan daripada obligasi untuk membuat bayaran berkenaan dengan suatu deposit yang diinsuranskan atau manfaat takaful atau insurans yang dilindungi di bawah Akta ini.