Skip to content
In forceUpdated to 21 Jul 2023Read it in English

Bahagian XI · Peruntukan Am

207A. Pengecualian dari liabiliti

Feedback & support

Tiada pengarah suatu institusi anggota boleh bertanggungan untuk dibawa guaman dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain kerana tidak dapat menjalankan tugasnya di bawah subseksyen 213(1) Akta Syarikat 2016 berhubung dengan mana-mana perbuatan yang perlu bagi—

(a)

pemindahan perniagaan, aset dan liabiliti institusi anggota;

(b)

pemindahan syer dan surat cara modal institusi anggota;

dan

(c)

pemindahan waran atau surat cara lain, yang dikeluarkan oleh institusi anggota, yang memberi hak kepada pemegang untuk memperoleh syer dalam institusi anggota, menurut penjalanan mana-mana kuasa di bawah Akta ini.

Pemakaian dan ketidakpakaian Akta lain

Report

Bahagian XII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules