Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian XI · Peruntukan Am
209. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota
Feedback & supportPerbadanan boleh membuat—
dengan kelulusan Menteri, apa-apa peraturan-peraturan, kaedah-kaedah atau perintah; atau
undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota, sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan sepenuhnya peruntukan Akta ini, untuk menjalankan atau mencapai matlamat dan maksud Akta ini, atau mana-mana peruntukannya, atau untuk melaksanakan peruntukan Akta ini selanjutnya, dengan lebih baik atau lebih mudah.
Mana-mana peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubungan dengan semua, atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang dan peruntukan yang berlainan boleh dibuat bagi orang, kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota boleh dibuat berkenaan dengan—
borang, termasuk borang pemberitahuan, notis dan perakuan, bagi maksud Akta ini;
kelakuan, urusan dan hal ehwal Perbadanan;
deposit pemegang amanah, pemilik bersama atau perniagaan atau amalan profesional;
230
Undang-Undang Malaysia
perlindungan deposit, bayaran berkenaan dengan deposit diinsuranskan dan hal berkaitan dengannya mengenai yang berikut:
jika liabiliti deposit suatu anggota penerima deposit dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penerima deposit yang lain;
jika liabiliti deposit dengan suatu anggota penerima deposit akan diperoleh oleh seseorang yang bukan anggota penerima deposit; atau
berhubung dengan draf bank, cek atau surat cara bayaran lain yang seumpama itu atau arahan bayaran atau arahan penjelasan;
keutamaan bayaran kategori deposit Islam yang berlainan;
(Dipotong oleh Akta A1647);
(Dipotong oleh Akta A1505);
pulangan atau bunga yang kena dibayar di bawah subsubperenggan 3(10)(j) Jadual Ketiga;
perlindungan manfaat takaful atau insurans, bayaran berkenaan dengan manfaat dilindungi dan perkara yang berkaitan, jika liabiliti sijil takaful atau polisi insurans suatu anggota penanggung insurans dipindahkan kepada dan diambil alih oleh anggota penanggung insurans lain;
membahagikan manfaat keluarga atau takaful am yang berlainan jenis kepada kategori yang berbeza dan menetapkan suatu keutamaan bayaran antara kategori manfaat takaful yang berbeza itu;
menentukan tarikh dan kadar penukaran kepada Ringgit bagi maksud membuat bayaran di bawah Bahagian IV
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 231
berkenaan dengan deposit mata wang asing yang diinsuranskan;
borang, kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan;
dan
apa-apa jua di bawah Akta ini yang dikehendaki atau dibenarkan untuk dibuat sebagai peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, undang-undang kecil, pemberitahuan, arahan, garis panduan, pekeliling atau nota.
Apa-apa peraturan-peraturan atau perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat secepat yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya.