Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 · Updated to 21 Jul 2023 · Bahagian XI · Peruntukan Am
204. Niat untuk menggulung institusi anggota
Feedback & support(1)
Suatu institusi anggota tidak boleh digulungkan secara sukarela tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank Negara Malaysia.
(2)
Tiada permohonan untuk menggulung suatu institusi anggota boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi oleh mana-mana orang, selain oleh Perbadanan, tanpa kelulusan bertulis terdahulu Bank Negara
Malaysia.
(3)
Seksyen ini terpakai bagi bekas institusi anggota yang keanggotaannya telah dibatalkan atau ditamatkan di bawah Akta ini.