Skip to content
In forceUpdated to 20 May 2022Read it in English

Bahagian V

32. Section 32

Feedback & support
(1)

Jika seseorang pegawai Suruhanjaya menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa buku, dokumen atau rekod pada menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini, dan buku, dokumen atau rekod itu atau mana-mana bahagiannya adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, pegawai itu boleh menghendaki orang yang memiliki, menjaga atau mengawal buku, dokumen atau rekod itu supaya memberi pegawai itu terjemahan dalam bahasa kebangsaan bagi buku, dokumen atau rekod itu dalam tempoh yang, pada pendapat pegawai itu, munasabah setelah mengambil kira panjang buku, dokumen atau rekod itu, atau hal keadaan yang berhubungan dengannya.

(2)

Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya memberikan terjemahan di bawah subseksyen (1) yang tidak betul, tepat dan benar, atau dengan disedarinya membuat terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak betul, tepat dan benar.

Undang-Undang Malaysia 44

(3)

Jika orang yang dikehendaki supaya memberikan terjemahan di bawah subseksyen (1) bukanlah orang yang disyaki melakukan kesalahan yang sedang disiasat itu, Suruhanjaya boleh membayar balik kepada orang itu apa-apa belanja yang munasabah yang telah dilakukan olehnya pada memberikan terjemahan itu.

Report

Bahagian VI

Keterangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules