Skip to content

Seksyen 44

Penyerahan dokumen perjalanan

of Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

ActIn forceProvision 44 of 74
Seksyen 44
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya boleh, jika dia ada sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang yang menjadi subjek penyiasatan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang disyaki telah dilakukan olehnya mungkin meninggalkan

Malaysia, dengan notis bertulis menghendaki orang itu supaya menyerahkan perakuan pengenalan, pasport atau permit keluarnya, atau apa-apa dokumen perjalanan yang lain dalam milikannya.

(2)

Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan secara kendiri pada orang yang kepadanya ia dialamatkan.

(3)

Seseorang yang padanya suatu notis di bawah subseksyen (1)

disampaikan hendaklah mematuhi notis itu dengan segera, dan jika tidak dia boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan Majistret.

*CATATAN—Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan

Pos 2012 [Akta 741] yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2013—lihat subseksyen 110 Akta 741.

Undang-Undang Malaysia 60

Akta 694

(4)

Jika seseorang dibawa ke hadapan seseorang Majistret di bawah subseksyen (3), Majistret itu hendaklah, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati Majistret itu bahawa dia tidak memiliki dokumen perjalanan, dengan waran mengkomitkannya ke penjara—

(a)

sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh pengkomitannya; atau

(b)

sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya atau pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Pesuruhjaya atau yang lebih tinggi yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu sudah mematuhi notis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi waran yang mencukupi untuk Penguasa Penjara melepaskan orang itu.

(6)

Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan, seseorang pegawai Suruhanjaya, seseorang pegawai awam atau mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sah di bawah seksyen ini.