Seksyen 46
Peguam bela dan peguam cara boleh dikehendaki mendedahkan maklumat
of Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, seseorang Hakim Mahkamah Tinggi boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya berhubungan dengan sesuatu penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, memerintahkan seseorang peguam bela dan peguam cara supaya mendedahkan maklumat yang tersedia kepadanya yang berkenaan dengan apa-apa transaksi atau urusan yang berhubung dengan apa-apa harta yang boleh disita di bawah
Akta ini.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghendaki seseorang peguam bela dan peguam cara mematuhi apa-apa perintah di bawah subseksyen itu sehinggakan pematuhan itu akan mendedahkan apa-apa maklumat atau komunikasi terlindung yang sampai kepada pengetahuannya bagi maksud apa-apa prosiding yang belum selesai.
Obligasi di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat