Skip to content
In forceUpdated to 20 May 2022Read it in English

Bahagian V

42. Membuat urusan tentang harta selepas penyitaan adalah tidak sah

Feedback & support
(1)

Jika apa-apa harta disita di bawah Akta ini, dan selagi penyitaan itu berkuat kuasa, apa-apa urusan yang dilaksanakan oleh mana-mana orang atau antara mana-mana orang berkenaan dengan harta itu, kecuali apa-apa urusan yang dilaksanakan di bawah Akta ini atau menurut kuasa Akta ini oleh seseorang pegawai sesuatu badan awam atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan

Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun lain, adalah tidak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau selainnya diberi kuat kuasa oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa.

(2)

Subseksyen (1) ialah tambahan kepada dan tidak mengurangkan subseksyen 38(3) dan (4).

(3)

Selagi sesuatu penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini berkuat kuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan, atau jika ia belum selesai sebaik sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan harta yang disita sedemikian, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses yang seumpama itu boleh dimulakan, atau jika apa-apa proses sedemikian belum selesai sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa-apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan sebelum atau selepas penyitaan itu dilaksanakan, kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu

Negeri, atau atas kehendak sesuatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Undang-Undang Malaysia 58

Kuasa untuk memintas perhubungan

Report

Bahagian VI

Keterangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules