Skip to content
In forceUpdated to 20 May 2022Read it in English

Bahagian V

33. Penyitaan harta alih

Feedback & support
(1)

Semasa penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini apa-apa harta alih, yang mana-mana pegawai Suruhanjaya yang berpangkat Penolong Penguasa atau yang lebih tinggi mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki menjadi hal perkara sesuatu kesalahan atau menjadi keterangan yang berhubungan dengan kesalahan itu, boleh disita.

(2)

Suatu senarai harta alih yang disita menurut subseksyen (1)

dan tempat masing-masing harta itu dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai Suruhanjaya yang melaksanakan penyitaan itu dan ditandatangani olehnya.

(3)

Suatu salinan senarai yang disebut dalam subseksyen (2)

hendaklah disampaikan dengan seberapa segera yang mungkin pada pemunya harta itu atau orang yang daripadanya harta itu disita.

(4)

Jika apa-apa harta alih yang boleh disita di bawah subseksyen (2)

berada dalam milikan, jagaan atau kawalan suatu institusi kewangan, subseksyen (1), (2) dan (3) tidaklah terpakai baginya dan peruntukan seksyen 37 hendaklah terpakai baginya.

Peruntukan lanjut yang berhubungan dengan penyitaan harta alih

Report

Bahagian VI

Keterangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules