Skip to content
In forceUpdated to 20 May 2022Read it in English

Bahagian V

40. Section 40

Feedback & support
(1)

Dalam apa-apa pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah membuat perintah bagi pelucuthakan apa-apa harta yang dibuktikan menjadi hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu jika—

(a)

kesalahan itu telah dibuktikan terhadap tertuduh; atau

(b)

kesalahan itu tidak dibuktikan terhadap tertuduh, tetapi mahkamah berpuas hati—

(i)

bahawa tertuduh bukan pemunya yang sebenar dan sah harta itu; dan

(ii)

bahawa tiada orang lain berhak kepada harta itu sebagai pembeli dengan suci hati dengan balasan berharga.

Undang-Undang Malaysia 56

(2)

Jika kesalahan itu dibuktikan terhadap tertuduh tetapi harta yang disebut dalam subseksyen (1) telah dilupuskan atau tidak dapat dikesan, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya tertuduh membayar, sebagai penalti, suatu jumlah wang yang bersamaan dengan amaun suapan atau yang, pada pendapat mahkamah, merupakan nilai suapan yang diterima oleh tertuduh, dan apa-apa penalti sedemikian hendaklah boleh didapatkan sebagai denda.

Report

Bahagian VI

Keterangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules