Skip to content

Seksyen 37

of Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

ActIn forceProvision 37 of 74

Seksyen 37

(1)

Jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai Suruhanjaya bahawa apa-apa harta alih, termasuk apa-apa instrumen wang atau apa-apa pertambahan kepadanya, yang menjadi hal perkara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 53

sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau keterangan berhubung dengan pelakuan kesalahan itu, ada dalam milikan, jagaan atau kawalan suatu institusi kewangan, dia boleh, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain atau rukun undang-undang, dengan perintah mengarahkan institusi kewangan itu supaya tidak melepaskan, berurusan tentang, atau selainnya melupuskan harta itu atau mana-mana bahagiannya sehingga perintah itu dibatalkan atau diubah.

(1a)

Seseorang pegawai Suruhanjaya hendaklah dengan segera memberitahu Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(2)

Sesuatu institusi kewangan atau mana-mana ejen atau pekerja sesuatu institusi kewangan tidak boleh, oleh sebab pematuhan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang atau apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang atau di bawah atau menurut kuasa apa-apa kontrak, perjanjian, atau perkiraan, atau selainnya.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu perintah

Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua kali ganda amaun yang dibayar dengan melanggar perintah

Pendakwa Raya itu atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.