Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian XIV · Kecualian dan Peralihan
104. Perjanjian yang sedia ada
Feedback & support(1)
Seseorang hendaklah diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan dan aktiviti yang dinyatakan dalam sesuatu perjanjian berkenaan dengan obligasi perkhidmatan awam dan apa-apa perjanjian pengendalian atau konsesi sehingga tarikh habis tempoh perjanjian itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikaitkan dengan perjanjian itu.
(2)
Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melanjutkan tempoh atau jangka masa sesuatu perjanjian yang dinyatakan dalam subseksyen (1) melampaui tarikh habis tempohnya.