Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian XIV · Kecualian dan Peralihan
103. Perkhidmatan pengendalian darat yang sedia ada
Feedback & supportSeseorang hendaklah hanya diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan dan aktiviti yang dinyatakan dalam mana-mana perjanjian dan perjanjian tambahan berkenaan dengan perkhidmatan pengendalian darat bagi tempoh satu tahun dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang boleh dilanjutkan oleh
Suruhanjaya jika orang itu menyerah simpan suatu salinan perjanjian dan perjanjian tambahan yang diperakukan dengan Suruhanjaya dalam masa enam bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya.
Pemberian kuasa yang diberikan kepada orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah luput jika mereka tidak mendaftar dengan Suruhanjaya dalam masa enam bulan atau apa-apa tempoh yang dilanjutkan yang disebut dalam subseksyen (1) selepas tarikh yang ditetapkan.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 95