Malaysian Aviation Commission Act 2015 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian X · Perlindungan Pengguna
71. Penentuan aduan pengguna
Feedback & support(1)
Selepas menerima aduan di bawah seksyen 70,
Suruhanjaya boleh melantik mana-mana satu daripada anggotanya
74
Undang-Undang Malaysia atau menubuhkan suatu jawatankuasa untuk mendengar dan menentukan aduan itu.
(2)
Dalam menentukan aduan itu, anggota itu atau jawatankuasa itu boleh menghendaki supaya kos dibayar kepada pihak yang bagi faedahnya keputusan itu dibuat.
(3)
Mana-mana orang yang didapati telah membuat aduan yang menyusahkan atau remeh hendaklah tertakluk kepada penalti kewangan berjumlah dua ratus ringgit.