Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2022 · Bahagian III
41. Kos memegang bahan api, dsb., yang disita
Feedback & supportJika apa-apa bahan api, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan pihak berkuasa pelesenan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada pihak berkuasa pelesenan oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.