Skip to content

Seksyen 55

Pemeriksaan atau pengujian berkadar lada yang disita

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 55 of 71
Seksyen 55

(1)

Jika didapati perlu untuk memeriksa atau menguji apa-apa lada atau keluaran lada yang disita di bawah Akta ini, maka adalah mencukupi untuk memeriksa atau menguji hanya suatu sampel yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada isi padu atau berat lada atau keluaran lada itu atau daripada setiap jenis atau perihalan yang berlainan lada atau keluaran lada atau, jika lada atau keluaran lada itu dibungkus dalam bungkusan yang berlainan, daripada kandungan setiap bungkusan.

Lembaga Lada Malaysia 41

(2)

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa baki jenis, perihalan atau bungkusan lada atau keluaran lada itu adalah serupa dengan keadaan, jenis, cara pemprosesan, mutu, piawaian, gred atau selainnya sampel lada atau keluaran lada yang diperiksa atau diuji.