Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English

Bahagian VII

74. Pengesahan perbuatan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta ini

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), segala perbuatan dan benda yang dilakukan oleh mana-mana orang sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan benda yang dilakukan adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung sebagai akibat pelakuan perbuatan atau benda itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga.

(2)

Subseksyen (1) tidak memberi kuasa pelantikan anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga kecuali setakat memberi kuasa pelantikan sementara orang sedemikian sehingga pelantikan yang sewajarnya dibuat di bawah Akta ini.

50

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules