Skip to content

Seksyen 70

Kuasa untuk mengecualikan

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 70 of 71
Seksyen 70

(1)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang atau apa-apa aktiviti dalam industri lada atau apa-apa lada atau keluaran lada atau benda lain daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini.

(2)

Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut atas apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (1).