Seksyen 54
Pelantikan juruanalisis
of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006
ActIn forceProvision 54 of 71
Seksyen 54
(1)
Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh melantik juruanalisis untuk memeriksa dan menguji apa-apa lada atau keluaran lada dan untuk memperakui keadaan, jenis, cara pemprosesan, mutu, piawaian dan grednya.
(2)
Dalam apa-apa pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta ini, suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seorang juruanalisis hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.