Skip to content

Seksyen 63

Persubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 63 of 71
Seksyen 63

(1)

Seseorang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2)

Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan bagi atau bagi membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi satu per dua daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.