Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian VII
72. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
menetapkan cara untuk memohon lesen, perakuan, permit dan kelulusan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakan oleh pemohon, cara pelesenan dan pemerakuan, fi yang kena dibayar mengenainya, syarat yang hendaklah dikenakan dan bentuk lesen, perakuan, permit dan kelulusan itu;
menetapkan piawaian bagi pemprosesan dan kaedah bagi mengawet, menggredkan atau membungkus lada dan keluaran lada;
menetapkan piawaian atau gred lada dan keluaran lada dan mengadakan peruntukan untuk memberikan kuat kuasa kepada piawaian dan gred itu, termasuk peruntukan bagi atau yang berhubungan dengan pelabelan;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh peniaga dalam perniagaan lada dan keluaran lada;
mengadakan peruntukan bagi penyelenggaraan piawaian kelakuan yang sepatutnya dalam melaksanakan perdagangan lada dan keluaran lada dan bagi menguruskan pelanggarannya;
menetapkan amalan yang hendaklah diikuti atau dielakkan dalam industri lada, kecuali penanaman dan penyelidikan lada;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti untuk mentadbir
Kumpulan Wang;
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan;
menetapkan rekod dan dokumen yang dikehendaki disimpan dan penyata yang dikehendaki dikemukakan;
menetapkan borang bagi maksud Akta ini;
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi itu;
mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana aktiviti Lembaga dan pada amnya pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Lembaga di bawah Akta ini;
Lembaga Lada Malaysia 49
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.