Skip to content

Seksyen 58

Kuasa tambahan

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 58 of 71
Seksyen 58

(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada perbuatan yang berikut:

(a)

menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen dan meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen itu;

(b)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubungan dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;

42

Undang-Undang Malaysia

Akta 656

(c)

membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

(2)

Seseorang yang tidak mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.