Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian VII
67. Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Feedback & supportTiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta; dan
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan
Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya di bawah Akta ini, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati, dan dengan mempercayai dengan semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.