Seksyen 56
Kos memegang lada, dsb., yang disita
of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006
Jika apa-apa lada atau keluaran lada atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Lembaga atau Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada
Lembaga atau Kerajaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.