Seksyen 24
of Akta Majlis Keselamatan Negara 2016
Seksyen 24
Pengarah Operasi boleh mengarahkan mana-mana anggota
Pasukan Keselamatan di dalam kawasan keselamatan—
(a)
untuk mengawal pergerakan mana-mana orang atau mana-mana kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut keluar masuk kawasan keselamatan, termasuklah untuk memberikan
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 776
arahan untuk meninggalkan kawasan keselamatan dan untuk tidak membenarkan kemasukan ke kawasan keselamatan;
(b)
untuk mengawal atau melarang penggunaan mana-mana jalan atau laluan air di dalam, atau ruang udara di atas, mana-mana kawasan keselamatan oleh mana-mana orang atau mana-mana kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut; atau
(c)
untuk menutup mana-mana jalan atau laluan air di dalam kawasan keselamatan.
(2)
Jika anggota Pasukan Keselamatan di dalam kawasan keselamatan atas alasan yang munasabah mempercayai bahawa terdapat benda berbahaya di dalam atau di atas mana-mana kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut di dalam kawasan keselamatan itu, anggota Pasukan Keselamatan itu boleh melakukan apa-apa jua yang perlu untuk memberhentikan kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut itu termasuklah mendirikan rintangan atau struktur lain.
(3)
Jika anggota Pasukan Keselamatan itu memberhentikan kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut, anggota Pasukan
Keselamatan itu tidak boleh menahannya lebih lama daripada yang munasabah dan perlu untuk memeriksanya dan apa-apa jua yang dijumpai di dalam atau di atasnya.