Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 · Updated to 15 Jan 2021 · Bahagian V · Kuasa Khas Pengarah Operasi dan Pasukan Keselamatan yang Dikerah Tugas ke Kawasan Keselamatan
36. Penyerahan orang yang ditangkap dan benda yang disita kepada polis
Feedback & supportMana-mana orang yang ditangkap dan diletakkan dalam jagaan di bawah Akta ini dan apa-apa benda yang disita hendaklah diserahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi balai polis yang terdekat tanpa kelengahan yang tidak perlu, berserta dengan laporan mengenai hal keadaan yang menyebabkan penangkapan atau penyitaan itu.