Skip to content

Seksyen 23

Perintah berkurung

of Akta Majlis Keselamatan Negara 2016

ActIn forceProvision 23 of 46
Seksyen 23
(1)

Pengarah Operasi boleh, secara bertulis, memerintahkan semua orang di dalam kawasan keselamatan atau mana-mana bahagian kawasan keselamatan untuk berada di dalam tempat kediaman atau bangunan antara apa-apa waktu yang ditentukan dalam perintah itu melainkan jika dia memiliki suatu permit bertulis bagi maksud itu yang dikeluarkan oleh Pengarah Operasi.

(2)

Tiada perintah di bawah seksyen ini terpakai bagi—

(a)

Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri;

(b)

mana-mana anggota Pasukan Keselamatan atau kakitangan

Entiti Kerajaan yang lain apabila bertindak dalam menjalankan tugasnya di dalam kawasan keselamatan; atau

(c)

mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan daripada perintah itu oleh Pengarah Operasi.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk mengawal pergerakan, jalan, dsb.